YAS Dato Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ).
Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Orkid, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor ini telah dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi JBPM dan wakil kesatuan setiap negeri yang diketuai oleh TPgB II Kamarul Bieza Mohamed Kasim, Presiden Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia.
Terdahulu, ketibaan YAS Dato Ketua Pengarah telah disambut oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor dan pegawai kanan JBPM Negeri Selangor