BBP SHAH ALAM, 5 Mac 2024 – Bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Mac 2024 yang disempurnakan oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor.
Majlis Dimulakan dengan Ketibaan YBrs. PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah menerima Tabik Hormat, diikuti ketibaan YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah menerima tabik Hormat dan seterusnya membuat pemeriksaan Kawalan Kehormatan Suku di Perkarangan BBP Shah Alam seterusnya Pengarah diiringi Pengurusan Tertinggi JBPM Negeri Selangor ke Pentas Utama untuk meneruskan Majlis Perhimpunan Bulanan (Bulan Mac 2024)
Majlis diserikan dengan ucapan dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada yang banyak membantu dan memberikan sumbangan kepada jabatan, Penyampaian Sijil Anugerah Emas AIGA serta gimik pelancaran Tabung Pembinaan Surau Al-Hidayah, Ibu Pejabat, JBPM Negeri Selangor.
Diserikan lagi dengan sesi bergambar semua pegawai JBPM Negeri Selangor yang hadir.
