BUKIT JELUTONG, 07 Jun 2023 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan ( Bulan Jun 2023) JBPM Negeri Selangor disempurnakan oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor bertempat di Perkarangan Ibu Pejabat, Selangor.
Dimulakan dengan Tabik Hormat Timbalan Pengarah dan seterusnya YS Pengarah. Turut dihadiri Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Zon, Ketua-ketua Balai dan pegawai kanan JBPM Negeri Selangor.
Penyampaian sijil (FC) dan sumbangan kebajikan turut disampaikan oleh YS Pengarah kepada penerima.
Pemakaian Tanda Pangkat Pegawai Bomba Gred KB 32, KB 26 dan KB 24 disempurnakan oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah dan PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Selangor di Perkarangan Ibu Pejabat, Selangor.