BUKIT JELUTONG, 07 Jun 2023 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Pegawai Kanan yang telah bertukar disaksikan oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah dan PPjB Nor Arifin bin Kamari Timbalan Pengarah JBPM Negeri Selangor bertempat di Dewan Cemerlang, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor harini. Penyerahan Nota Serah Tugas turut dihadiri Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Zon, Ketua-ketua dan Pegawai Kanan yang terlibat bagi menjayakan Majlis tersebut.