BUKIT JELUTONG, 29 September 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor menyempurnakan majlis ringkas penyerahan Bendera Selangor dan Jersi kepada Pengurus Pasukan Rugbi Bomba Selangor bagi menyertai kejohanan tersebut yang akan bermula 30 September hingga 1 Oktober 2023 bertempat di UPSI, Tanjung Malim.
YS Pengarah juga turut memberikan ucapan dan amanat serta kata-kata semangat buat pasukan sebelum mereka hadir melapor diri ke tempat Penginapan yang disediakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi juga turut hadir mengiringi YS Pengarah pada majlis tersebut dan bergambar bersama-sama pasukan.