KLCC, 5 Oktober 2023 – Bertempat di Hall 7B, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) telah diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Kejohanan Pemanduan Lori Eko-Efisien MGTC-MIROS 2023 (ETCC2023) yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasam Kementerian Pengangkutan Jalan Malaysia, Business Sweeden dan MGTC.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia.
Mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, PB Mohd Firdaus bin Mohd Sufi dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas, telah dinobatkan sebagai Juara Kejohanan Pemanduan Lori Eko – Efisien kategori Sektor Kerajaan.
Turut hadir YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor bersama PKPgB A. Romzi bin Abu, Ketua Balai BBP Andalas
Syabas dan Tahniah diucapkan atas kejayaan ini.