14 Mac 2023, Selasa – Persatuan Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan (PERSKEB) JBPM Negeri Selangor telah mengadakan majlis ceramah sempena menyambut Bulan Ramadhan dan menjemput penceramah Ustaz Elyas bin Ismail bertajuk Khasiat Bulan Ramadhan Dalam Kehidupan bertempat di Bomba & Penyelamat Shah Alam.Turut dihadiri YS Pengarah JBPM Negeri Selangor serta pegawai-pegawai kanan dan anggota JBPM Negeri Selangor bagi melancarkan program tersebut. YS Pengarah juga menyampaikan sumbangan kepada anak yatim Seksyen 24, Shah Alam.