SHAH ALAM, 26 Julai 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor bersama-sama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri hadir ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan Hari Pahlawan peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2024/1445H bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Turut hadir YBrs. PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor dan Pegawai Kanan serta Ketua Balai untuk bersama-sama mengimarahkan majlis yang diadakan.
DYMM Sultan Selangor juga berkenan berangkat ke majlis tersebut dan menunaikan Solat Jumaat bersama para jemaah yang hadir serta mendengar Khutbah Khas sempena Hari Pahlawan yang bertajuk:-
“𝗣𝗔𝗛𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗘𝗗𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗨𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦𝗜”
Semoga perjuangan pahlawan negara diterima Allah dan dihapuskan dosa dianugerahkan pahala yang berlipat kali ganda. Semoga sejarah perjuangan mereka dapat dihayati serta diingati oleh generasi hari ini dan akan datang. Semoga semangat dan keberanian pahlawan negara menjadi inspirasi kepada anak-anak muda sekarang bagi mencintai dan mempertahankan tanah air, agama Islam dan bangsa yang tercinta.