10 November 2022 (Khamis) – Lawatan YBhg Datuk Hj Rodzi bin Md Saat, Ketua Pengarah, Majlis Keselamatan Negara bersama YBrs. Tuan Badrul Shah bin Mohd Idris, Pengarah GSPS MKN dan YBrs Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan, Pengarah MKN Selangor hadir ke Post Kawalan Hadapan Sri Muda, Bomba Selangor bagi mengetahui perkembangan semasa keadaan banjir di lokasi. Penolong Pengarah Bhgn Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Selangor, PgKB I Hafisham bin Mohd Noor turut memberi taklimat berkaitan perkembangan banjir bagi sesi lawatan tersebut.