BUKIT JELUTONG, 7 Mac 2024 – YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.
Ketibaan YAS Dato’ disambut dengan Perbarisan Kawalan Kehormatan Suku dan menerima Hormat Panglima. YAS Dato’ diiringi Pengarah dan Timbalan Pengarah bersama Pengurusan Tertinggi JBPM Negeri selangor menandatangani buku lawatan sebelum perarakan masuk bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 dan Majlis Penyampaian Sijil Perkhidmatan 30 Tahun serta Sijil Perkhidmatan Terpuji Pegawai Bomba Bantuan yang diadakan di Dewan Bakawali, Ibu Pejabat, JBPM Negeri Selangor.
Majlis berakhir dengan sesi bergambar kenangan bersama penerima-penerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 dan Majlis Penyampaian Sijil Perkhidmatan 30 Tahun serta Sijil Perkhidmatan Terpuji Pegawai Bomba Bantuan.
