HULU LANGAT, 14 Jun 2023 – Bertempat di Pejabat Zon 4 Hulu Langat JBPM Negeri Selangor telah menerima Kunjungan Mesra dari Pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Gombak. Disambut baik oleh Ketua Zon 4, PgKB I Shahrin Yusmar bin Mat Yusof bersama Pegawai Operasi Zon. Kunjungan yang didakan bagi membincangkan Program latihan bersama pasukan RELA di peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan di Kemensah, Ampang.
