BUKIT JELUTONG, 8 Ogos 2024- YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, JBPM Negeri Selangor menerima kunjungan hormat dari Pengurusan USCI Group yang diadakan di Bilik Mesyuarat Dahlia, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor.
Dalam sesi tersebut Pengarah turut membincangkan berkaitan kerjasama strategik bersama pihak UCSI Group berkaitan keselamatan bangunan, termasuk latihan kebakaran, prosedur pemindahan, garis panduan dan perkara yang berkaitan dengannya.
Sebelum berakhir Pengarah turut menyampaikan cenderahati Jabatan kepada YBhg. Professor Dato’ Ir. Ts. Dr. Haji Mohd Rizon Juhari, P.Eng., C.Eng (UK) Vice President, Government Affairs, UCSI Group Special Officer to Founder and Executive Chairman, UCSI Group Professor, Faculty of Engineering, Technology and Built Environment, UCSI University dan bergambar bersama-sama.