BUKIT JELUTONG, 23 Mei 2024 – YS Pengarah JBPM Negeri Selangor, Wan Md Razali bin Wan Ismail telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah BSN Selangor, Tuan Zahari Bin Ali bersama Ketua Jualan Negeri, Tuan Yusuf Qardhawy bin Abd Hamid dan Ketua Deposit Negeri, Tuan Khairul Nizam bin Ismail.
Dengan sesi kunjungan hormat ini pihak BSN Selangor dapat mengenali JBPM Negeri Selangor dengan lebih rapat dan memberi ruang kolaborasi di antara kedua-dua pihak pada masa akan datang. Semoga usaha bersama ini dapat memberi manfaat yang besar dan positif khususnya untuk warga Selangor.
Turut hadir Penolong- Penolong Pengarah Bahagian dan pegawai kanan JBPM Negeri Selangor.
Pengurusan Tertinggi JBPM Negeri Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan BSN Selangor kerana sudi mengunjungi JBPM Negeri Selangor.
Sebelum berakhir YS Pengarah turut menyampaikan cenderahati Jabatan kepada Pengarah BSN Negeri Selangor dan bergambar bersama-sama.