WhatsApp Image 2023 03 17 at 16.58.07

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YAB DATO’ MENTERI BESAR NEGERI SELANGOR

Shah Alam,17 Mac 2023 – YS PKPjB Morni bin Mamat, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor hadir ke Ruang Kerja Pejabat Menteri Besar Negeri Selangor bagi tujuan Kunjungan Hormat ke atas YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor.

Turut hadir PPjB Wan Razali bin Wan Ismail Timbalan Pengarah, PgKB I Hafisham bin Mohd Noor Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan dan PPgB Mohd Khairulnizam bin Zainodin Pegawai Perhubungan Awam JBPM Negeri Selangor.

Kunjungan Hormat ini juga sebagai memperkenalkan Pengurusan Tertinggi yang baru serta bertukar pandangan dalam aspek keselamatan kebakaran dan kempen yang telah dirancang oleh JBPM Selangor. Dalam pertemuan itu Dato’ Menteri Besar Selangor menyampaikan hasrat agar pihak JBPM Negeri Selangor mempergiatkan lagi usaha kempen kesedaran terutama berkaitan dengan pendawaian elektrik rentetan dari kes yang berlaku di sekitar Negeri Selangor saban tahun.

Pegawai Perhubungan Awam
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor

Sekian Terima Kasih

English EN Malay MS
Skip to content