BUKIT JELUTONG, 17 Mei 2024 – Bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor telah diadakan Kunjungan Hormat dari Pengurusan City University Malaysia.
YS Pengarah bersama Timbalan Pengarah menyambut baik kehadiran Puan Saidatul Nadiana, Assistant Manager Corporate Sector, Puan Nurkhazilah Lateh, Senior Business Development Executive & Puan Nur Alia Eliyana, Business Development Executive.
Kunjung Hormat diadakan bagi membincangkan berkaitan kerjasama strategik bersama pihak Pengurus City University Malaysia bagi perkara berkaitan tawaran pengajian yang disediakan di City University khususnya kepada warga JBPM.
Turut hadir Penolong-penolong Pengarah Bahagian JBPM Negeri Selangor serta Pegawai Perhubungan Awam sesi taklimat diadakan.
Majlis berakhir dengan menandatangani buku lawatan dan sesi bergambar bersama Pengurusan Tertinggi JBPM Negeri Selangor.