Bukit Jelutong, 21 Januari 2025 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor menerima kunjung hormat daripada Pn Hjh Rohaida Binti Abdul Kadir ,Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Negeri Selangor bersama – sama En Mohd Firdaus Bin Sulaiman dan En Zaifuddin Bin Abdul Hamid ke Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor.
Sesi Perjumpaan dan taklimat diadakan di Bilik Mesyuarat Orkid, Tingkat 3. Turut hadir PPjB Khairul Azuwan Bin Ibrahim , Timbalan Pengarah JBPM Negeri Selangor ,Ketua – Ketua Balai dan Pegawai-Pegawai JBPM Negeri Selangor
Sebelum berakhir sesi kunjungan hormat Pn Hjh Rohaida Binti Abdul Kadir ,Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Negeri Selangor menandatangai buku lawatan dan bergambar kenangan bersama Pengarah dan pegawai yang terlibat.
Taklimat KRT oleh Jabatan Perpaduan Negara Negeri Selangor




