Bukit Jelutong, 12 Februari 2025 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor menerima kunjung hormat YS PKPjB Hj Hassan ‘As’ari bin Hj Omar ,Pengarah JBPM Kuala Lumpur bersama PPjB Yusri bin Basri ,PgKB I Mohd Hamizal bin Ainuddin @ Nordin , PgKB II Mohd Rizuan bin Razali, PgKB II Katizah binti Rahaban , PgKB II Siti Farhana binti Baharom, Pn. Nabihah binti Samsudin dan Ts. Muhammad Al Bathli bin Mohd Amin dari JBPM Kuala Lumpur ke Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor.
Sesi Perjumpaan dan taklimat diadakan di Bilik Mesyuarat Dahlia, Tingkat 1. Turut hadir PPjB Khairul Azuwan bin Ibrahim ,Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Bahagian JBPM Negeri Selangor, Ketua – ketua Zon dan Pegawai Kanan Bahagian JBPM Negeri Selangor
Sebelum berakhir sesi kunjungan hormat YS PKPjB Hj Hassan As’ari bin Hj Omar ,Pengarah JBPM Kuala Lumpur menandatangai buku lawatan dan bergambar kenangan bersama Pengarah dan pegawai yang terlibat.




