Bukit Jelutong, 31 Januari 2025 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor menerima kunjung hormat daripada Tuan Haji Husni bin Abd Shukor, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Puan Normazita binti Neimad (COO), Encik Zainal bin Tirmizi (HOD MIGP) dan Puan Norhafiza binti Baharin (HOD Group Transformation) dari Hospital Pakar An-Nur ke Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor bagi jalinan hubungan sebagai rakan strategik jabatan.
Sesi Perjumpaan dan taklimat diadakan di Bilik Mesyuarat Dahlia, Tingkat 1, Turut hadir PgKB I Ahmad Mukhlis bin Mukhtar, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, JBPM Negeri Selangor, PgKB II Mohd Adzwa bin Mohd Salleh, Penolong Pengarah Bahagian Latihan, PgB Halif bin Mohd Khir Juhari, Ketua Cawangan Perakuan Bangunan Bahagian Keselamatan Kebakaran dan Pegawai Kanan JBPM Negeri Selangor
Sebelum berakhir sesi kunjungan hormat Tuan Haji Husni bin Abd Shukor, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar An-Nur menandatangai buku lawatan dan bergambar kenangan bersama Pengarah dan pegawai yang terlibat.




