19 Disember 2024, Shah Alam – Bertempat di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, telah dilaksanakan proses memuatkan barangan bantuan dari lori MyDin ke dalam lori pihak Iltizam Relief Sosiety dengan bantuan khidmat Pegawai Bomba dari 4 buah balai iaitu, BBP Bukit Jelutong ,BBP Subang Jaya, BBP Puchong termasuk BBP Shah Alam, dimana pihak Iltizam Relief Sosiety barang-barang tersebut akan dihantar untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan di Negeri Kelantan, turut hadir menyaksikan proses pemuatan tersebut adalah PgKB I Ahmad Mukhlis bin Mukhtar, Penolong Pengarah Operasi bersama Ketua Balai BBP Shah Alam dan Pegawai dari Bahagian Operasi JBPM Negeri Selangor.
