KAJIAN FAKTOR DAN STRATEGI UTAMA DALAM OPERASI BANJIR
Bukit Jelutong, 9 Januari 2025 – JBPM Negeri Selangor menerima pasukan kajian yang diketuai oleh Dr. Masha Nur Salsabila, Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu bagi menjalankan kajian bertajuk Faktor dan Strategi Utama dalam Operasi Banjir.
Diharap dengan Kajian ini dapat mengenal pasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi keberkesanan operasi banjir serta mencadangkan strategi penambahbaikan oleh pihak Universiti Malaysia Terengganu kepada Jabatan Bomba.
YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail sempat menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pasukan dan bergambar bersama pasukan kajian dari Universiti Malaysia Terengganu.