BUKIT JELUTONG, 11 September 2024 – Bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor telah diadakan Audit bagi Pengurusan dan Kemudahan Kuartes JBPM Negeri Selangor oleh Unit Audit Dalam KPKT.
Dipengerusikan oleh YBrs. Timbalan Pengarah, PPjB Nor Arifin bin Kamari bersama pengerusi-pengerusi kuartes balai, JBPM Negeri Selangor bagi menyempurnakan Audit Pengurusan dan Kemudahan Kuartes pada 11 & 12 September 2024.
Juruaudit yang hadir diketuai oleh Encik Mohammad Firdaus bin Omar, Timbalan Ketua Audit Dalam 1, Encik Shari bin Md Tan, Penolong Juruaudit dan Puan Noor Akmal Ayuni binti Zamri, Juruaudit dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).