ewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya, 29 September 2024 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah dianugerahkan ANUGERAH EMAS AIGA 2023.
AIGA merupakan singkatan Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah merupakan satu anugerah yang memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti dan tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam organisasi.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah bin Azizan, Menteri Kewangan II mewakili Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri.