Bukit Jelutong, 5 September 2023 – Bertempat di Bilik Mesyuarat Orkid, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor telah diadakan Penilaian AIGA Lapangan oleh dua Panel Auditor yang dilantik iaitu Puan Wan Nabilah binti Meor Mohd Jamil, Konsultan Institusi Integriti Malaysia dan Puan Aisa binti Haris Pang, Niosh.
Majlis Pembukaan Audit Penilaian AIGA Lapangan ini disempurnakan oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor.
Penilaian AIGA Lapangan dilaksanakan bagi pengesahan pelaksanaan inisiatif-inisiatif, program-program dan aktiviti-aktiviti berkaitan Integriti, Governans dan Anti Rasuah dalam organisasi.
Turut hadir PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah, PgKB I Ahmad Mukhlis bin Mukhtar, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Pegawai Urusetia AIGA Negeri serta Pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Selangor termasuk wakil Pegawai Integriti dari Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Tengah.
Penilaian AIGA Lapangan juga turut membuat pemeriksaan dan penilaian ke Bahagian-bahagian serta Unit di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.
Selesai Majlis Penilaian tersebut YS Pengarah turut menyampaikan cenderhati kepada Pegawai Auditor dan bergambar kenangan bersama Panel Auditor dan Pegawai yang terlibat dalam Penilaian AIGA Lapangan pada kali ini.
Kerjasama dan komitmen serta sokongan padu seluruh Pegawai, Anggota dan Kakitangan JBPM Negeri Selangor memanjatkan doa kepada yang Maha Esa. Semoga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor akan mendapat keputusan yang cemerlang.