MUKAH, 30 MAC 2022
YS PKPjB Datu Khirudin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Sarawak menerima Pingat Perkhidmatan Setia yang telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Hotel Kingwood Resort, Mukah. Selain beliau, turut menerimanya ialah PPgB Azman Hj Hanapis, Ketua BBP Mukah bersama bersama 5 orang anggota BBP Mukah iaitu PBK II Abu Hady Harry, PBK II Abu Bakar Hamdan, PBK II KUP Amadeus Darimi, PBK II KUP Abdullah Jurid dan PBK II KUP Awang Rozlan Awang Mahmudi. Seramai 193 orang penjawat awam negeri dan persekutuan menerima pingat perkhidmatan setia sebagai penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka sepanjang tempoh mencurahkan bakti bersama perkhidmatan awam.
pingat4 pingat3 pingat2 pingat1