Kuching, 12 Mac 2021 YS PKPjB Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah JBPM Sarawak menerima kunjungan Hormat daripada YB Rolland Duat anak Jubin, Ahli DUN N48 Meluan di pejabat beliau pada pagi tadi.YB Rolland mewakili penduduk di kawasan beliau membincangkan cadangan dan pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat di kawasan itu bagi kemudahan masyarakat.Beliau turut menyatakan hasrat bagi membantu mempermudahkan urusan pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat dari segi perolehan tanah dan urusan yang berkaitan dengan pembinaan.