Kuching, 4 Januari 2022
YS Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak mengetuai pemantauan Monsun Timur Laut melalui udara menggunakan pesawat Mi171 Bomba 05 milik jabatan yang telah diterbangkan oleh PgKB I Sufian bin Ahmed@Ibrahim.
Pemantauan pada hari ini adalah di meliputi kawasan yang berkemungkinan berisiko dinaiki air iaitu Tebedu, Gedong, Sri Aman, Simunjan, Asajaya dan sekitar Muara Tebas. Pegawai daripada Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) dan pihak media iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), TV Sarawak (TVS), Berita Harian dan The Star turut bersama-sama jabatan membuat pemantauan hari ini.
udara1 udara2 udara3 udara4 udara5 udara6