Kuching, 21 Februari 2022
YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyempurnakan Mesyuarat dan Kursus Urus Setia Lembaga Tatatertib JBPM Tahun 2022 pagi tadi di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak. Hadir sama ialah YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan PPjB Morni bin Mamat, Ketua Unit Integriti JBPM. Program disiarkan secara hibrid dan berlansung bermula hari ini sehingga esok dihadiri secara fizikal oleh seramai 35 orang pegawai yang terdiri daripada Setiausaha dan Urusetia Integriti dari seluruh negeri.