Sesi Ziarah Sumbangsih Raya 2022 – Kuching, 13 April 2022
Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti hadir ke Sesi Ziarah Sumbangsih Raya 2022 di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak pagi ini. Rombongan beliau telah disambut oleh YS PKPjB Datu Khirudin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak. Sesi Ziarah Sumbangsih Raya 2022 kepada pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan yang bertugas menjaga keselamatan, keamanan dan ketenteraman negeri menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Untuk makluman hadirin sekalian sebanyak 10 agensi menerima sumbangan sumbangsih raya 2022. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak merupakan salah satu agensi tersebut yang mana pada tahun ini telah menerima sebanyak 1472 kotak. Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak. Hadir sama ialah Puan Norita binti Bawi, Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak, PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak, PgKB I Henderi Ardimansyah, Penolong Pengarah Operasi dan Datin Siti Ramah Haji Shariff, Timbalan Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak.
ziarah9 ziarah8 ziarah7 ziarah6 ziarah5 ziarah4 ziarah3 ziarah2 ziarah14 ziarah13 ziarah12 ziarah11 ziarah10 ziarah1