




Mukah, 7 Februari 2025
PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah Bomba Sarawak melawat dan menyantuni pasukan penyelamat di PKTK Mukah yang bertugas semasa banjir di daerah itu. Beliau turut mendengar taklimat yang disampaikan oleh YDH DSP Mohamad Rizal Alias, Ketua Polis Daerah Mukah.
Seterusnya beliau turut hadir ke PKTK Dalat dan mendengar taklimat kesiapsiagaan pasukan daripada YDH DSP Saga Chunggat, Ketua Polis Daerah Dalat sebelum taklimat keanggotaan dan logistik daripada PPgB Jerry Jelani Bandang, Pegawai Operasi Zon.
Pasukan penyelamat di Mukah dan Dalat turut dibantu Unit Drone Bomba Sarawak dalam menyalurkan imej dari udara bagi tujuan aturgerak pasukan.
Beliau diiringi oleh PPgB Nicholas Belulin, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mukah. Hadir sama ialah PKPgB Tc. Muhammed Mirza Dzalmira Miraj, Pegawai Unit Drone Bomba Sarawak.