Kuching, 20 Jun 2022
Taklimat pembiayaan perumahan LPPSA kepada pegawao dan anggota bomba di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak telah disampaikan oleh wakil penceramah, Puan Yunny Hasfaniza Hussain daripada Jabatan Komunikasi Korporat LPPSA. Selain daripada taklimat yang disampaikan, para peserta juga diberi pendedahan dalam cara memuat turun aplikasi mudah alih ‘MyFinancing’ serta saluran komunikasi digital LPPSA seperti LiA Chatbot dan Whatsapp bagi semakan akaun pembiayaan perumahan LPPSA dengan lebih mudah dan cepat di telefon pintar.