








Kuching, 1 Februari 2025
PgKB I Alimaddia bin Bukri, Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Sarawak bersama Komander Operasi Kanan dan Pasukan Bravo bertugas di Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Negeri Sarawak menerima kunjungan serta sumbangan daripada PETRONAS Sarawak sebentar tadi.
PETRONAS tidak melupakan frontliner yg bertungkus lumus membantu mangsa banjir ketika negeri dilanda bencana alam pada ketika ini. Rombongan yang diketuai oleh Puan Norazibah Md Rabu, Pengurus Besar PETRONAS Sarawak hadir bersama 6 orang kakitangan disamping sempat beramah mesra, turut melawat PGO JBPM Negeri Sarawak.
Terdahulu PETRONAS juga telah menghantar bantuan sumbangan ke Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di kawasan yang terjejas banjir iaitu di Segedup, Batu Kawah, Samarahan dan Serian.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pasukan Bomba atas dedikasi dan pengorbanan dalam membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh Negeri Sarawak. Keberanian dan kecekalan anda amat dihargai. Semoga segala usaha dan jasa baik diberkati. Terima kasih, wira negara dari warga kerja PETRONAS!”
Terima kasih tidak terhingga daripada kami Bomba Sarawak. Semoga urusan Pasukan PETRONAS dipermudahkan untuk membantu meringankan beban yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir pada ketika ini.
UPA Bomba Sarawak