Samarahan 24 Feb 2021,
Human Assistance Disaster Relief (HADR)YB Rubiah Wang, Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Samarahan memberi sumbangan berupa bungkusan makanan dan beras kepada 126 buah rumah di Taman UniVista, Kota Samarahan yang telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) sejak 17 Februari 2021 yang lalu.Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan yang diketuai PKPgB Ebby Hirwandy bin Sarbini bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia turut serta menjayakan pengagihan sumbangan tersebut.