SIMBOLIK PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA GAWAI 2021Jumaat, 23 April 2021
Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak menyempurnakan Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya Gawai 2021 kepada YS PKPjB Khirudin Drahman, Pengarah JBPM Negeri Sarawak di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak pagi ini.Turut hadir pada majlis tersebut, Dr. Hajah Rasidah Binti Haji Bolhassan, Setiausaha Tetap Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak dan PgKB I Henderi Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Sarawak.