YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Perakuan Bomba (FC) dan Menghapus Bahaya Kebakaran (MBK) di JBPM Zon 4 Sarawak. Turut hadir PgKB I Mohamad Fauzi bin Haji Mohamat Kifli, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran dan Pegawai Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak. Bengkel selama tiga hari berkenaan disampaikan oleh PgKB I Hasrin bin Hasbi dan PgB Tuan Rosdan bin Tuan Kob daripada Ibu Pejabat JBPM kepada peserta kursus yang terdiri daripada Pegawai Zon dan Ketua Balai JBPM Negeri Sarawak. Tujuan bengkel berkenaan diadakan adalah bagi menyampaikan perkara Perintah Perkhidmatan Bomba Pindaan 2020, Tatacara Penulisan Notis dan Penyediaan Laporan Pemeriksaan bagi penyelarasan diperingkat Jabatan.
fc6 fc5 fc4 fc3 fc2 fc1