Kuching, 20 Ogos 2021
YS PKPjB Khirudin Drahman Pengarah JBPM Negeri Sarawak menyambut ketibaan YBhg Dato Amir Omar, Setiausaha Persekutuan Sarawak yang mengadakan lawatan ringkas ke Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak petang ini.Dalam rangka lawatannya, beliau telah dibawa menaiki pesawat Agusta AW 139 milik jabatan untuk meninjau kawasan Kuching, Lundu dan Bau. Beliau juga diberikan taklimat mengenai pengoperasian Unit Udara Bomba dalam menjalankan operasi.Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada jabatan dalam membantu menghantar Vaksin, HADR ke kawasan pedalaman yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan darat selain operasi kebombaan dan penyelamat di kawasan tersebut.Turut hadir ialah PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan PgKB I Henderi Ardimansyah, Penolong Pengarah Operasi.