YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei pagi ini. Beliau telah disambut oleh PPgB Mahmudin bin Narudin, Ketua BBP Sarikei, pegawai zon 4 Sibu serta anggota balai dan Pasukan Bomba Sukarela. Dalam lawatan tersebut, beliau telah menyempurnakan penyerahan sijil Hero Bomba kepada 2 orang awam yang berani membantu memadam kebakaran peringkat awal di Rh. Nasat, Sg. Juah pada 18 Jun yang lalu.