09.10.2022, Ahad – Balai Bomba dan Penyelamat Lawas diamanahkan oleh Jawatankuasa Penganjur Majlis Perayaan Islam Daerah Lawas sebagai ketua untuk mengelola perbarisan dan juri perarakan.
Sebanyak 64 kontinjen dan 4,300 orang dari pelbagai kategori berbaris dan berarak dari Padang Dataran ke Taman Awam Lawas pada sambutan kali ini.
Tahniah kepada semua kontinjen yang terlibat dalam perbarisan dan perarakan.
Program dijalankan dalam keadaan baik dan lancar.