Kuching, 17 Januari 2021,
Rakaman lensa kamera Program Pasca Banjir yang dijalankan di Kpg. Rantau Panjang dan Kpg.Tengah Sungai semalam melibatkan anggota seramai 5 orang dan 11 orang masing daripada BBP Padungan dan BBP Petra Jaya.Secara keseluruhan, JBPM Sarawak menghantar seramai 41 orang anggota untuk terlibat dengan Program Pasca Banjir pada kali ini yang melibatkan 3 buah kampung termasuk d Kpg. Sinar Budi Lama.Program telah bejaya dilaksanakan dengan keterlibatan daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan orang awam.