Kuching, 17 Januari 2021,
YS PKPjB Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah JBPM Sarawak turut sama hadir di Program Pasca Banjir di Kpg. Sinar Budi Lama, Kuching.Program yang melibatkan keanggotaan seramai 25 orang daripada BBP Batu Lintang dan BBP Tabuan Jaya. Wakil-wakil daripada NGO, Majlis Perbandaran Padawan, Pejabat Daerah Kuching, Jabatan Kerja Raya, Kuching Water Board dan orang awam turut sama menjayakan program yang bermula seawal jam 8pagi tadi.Hadir sama ialah PgKB I Henderi Ardimansyah, PPON dan PgKB I Yusri Basri, Ketua Bomba Zon Kuching.