PROGRAM JBPM – SRI OUTREACH TOWARDS A RESILIENT COMMUNITY TAHUN 2024
Tempat : Dewan SJK Chung Hua No.4 Kuching
Tarikh : 29 September 2024
Tetamu : YB Prof. Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak
JBPM – SRI Outreach Programme “Towards A Resilient Community” ini adalah merupakan program kolaborasi antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak dan Steel Recon Industries Sdn. Bhd. (SRI). Program ini adalah merupakan program berkenaan dengan keselamatan kebakaran dan merupakan salah satu kaedah yang proaktif daripada pihak Jabatan untuk menyampaikan mesej dan kesedaran kepada orang awam yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dari kanak – kanak sehinggalah ke dewasa. Di dalam pendekatan ini, kami sentiasa ingin menekankan konsep elakkan sindrom 3L (Lupa, Leka dan Lalai) dan amalkan pendekatan 3P (Pengawasan, Pencegahan dan Perlindungan Kebakaran).
Program ini akan melibatkan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah berumur 7 sehingga 12 tahun, ibu bapa pelajar, guru – guru sekolah serta pengusaha kantin sekolah. Pelbagai pengisian program atau aktiviti dijalankan berkenaan dengan keselamatan kebakaran selaras dengan hasrat Jabatan dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan.
Menyedari hakikat ini, JBPM Negeri Sarawak mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan Outreach Programme “Towards a Resilient Community” bagi pelajar – pelajar sekolah rendah, guru – guru dan ibu bapa pelajar yang hadir semasa hari program bagi mencapai objektif tersebut.
Perlaksanaan program ini melibatkan gabungan badan kerajaan dan swasta bagi bersama-sama merealisasikan sistem penyampaian berkenaan keselamatan kebakaran kepada masyarakat dapat dilaksanakan dengan efisien.
OBJEKTIF PROGRAM
- Memberi pengetahuan dan pendedahan tentang bahaya kebakaran terutama kepada ibu bapa dan kakitangan sekolah.
- Membudayakan keselamatan kebakaran dan kepentingan adanya keperluan Alat Pemadam Api di sekolah.
- Mendedahkan cara penggunaan Alat Pemadam Api dan tindakan pemadaman api dapur kepada ibu bapa dan kakitangan sekolah.
- Memberi kefahaman kepada murid-murid berkenaan dengan kaedah ‘Stop, Drop and Roll’ dan tindakan menyelamat sekiranya berlaku kecemasan kebakaran.