smk3 smk4 smk2 smk5 smk1
Kalaka, 27 September 2023
YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak menghadiri PROGRAM JANGKAUAN LUAR PETRONAS MLNG BESTARI bertempat di SMK Kalaka, Saratok hari ini.
Pada program tersebut, telah diadakan demonstrasi pemadaman kebakaran daripada jabatan dan turut diadakan adalah pameran berkenaan jabatan. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohamad bin Duri, Ahli Dewan Undangan N.38 Kalaka.
Turut hadir ialah Encik Mohamed Syazwan bin Abdullah @ Laga Jenggi, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Malaysia LNG, Encik Anis bin madeli, Pegawai Pendidikan Daerah Saratok, PgB Wee Ming Hui, Ketua Cawangan Kesedaran Keselamatan Awam, Bahagian Keselamatan Kebakaran dan PgB Muhammad Rais Adham bin Rosalan, Ketua Zon 3 Sarawak.