Program Sumbangsih Kuih Raya – Kuching, 8 April 2022
Premier Sarawak, YAB Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg menyempurnakan serta menyerahkan bungkusan kuih kepada Ketua Jabatan yang terlibat pada Program Sumbangsih Kuih Raya pagi tadi. YS PKPjB Datu Khirudin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak menerima bagi pihak jabatan. 10 buah agensi beruniform telah terpilih pada penyerahan Sumbangsih Kuih Raya pada tahun ini yang mana ianya merupakan Program Tahunan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak. Difahamkan sebanyak lebih kurang 11 ribu kotak kuih diagihkan kepada agensi yang terlibat pada sambutan kali ini yang mana ianya dijangka akan meningkat setiap tahun selari dengan pertambahan pegawai dan anggota beruniform yang bertugas pada musim perayaan seperti ini.
kuih5 kuih4 kuih3 kuih2 kuih1