Tarikh : 19.06.2024 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pejabat Pengarah, Ibu Pejabat JBPM Sarawak
Pengauditan Dalaman Akaun Bank Persatuan Sukan Dan Kebajikan Bomba Sarawak(PESKEBS)
Pengauditan Dalaman Akaun Bank PESKEBS telah diketuai oleh Encik Muhammad Imran Jambai Bin Dingun Abdullah,Penolong Pengarah Pengurusan selaku Ketua Juruaudit Dalaman bersama Encik Azly Azuan Bin Sulaiman, Juruaudit Dalaman bersama Encik Wee Ming Hui, Bendahari PESKEBS.
Tujuan pengauditan ini adalah untuk menyemak penyata akaun bank, kunci kira-kira, resit perbelanjaan serta dokumentasi sehingga bulan Jun 2024 untuk memastikan semua prosedur kerja kewangan adalah telus dan dalam landasan yang betul.