







Kuching, 27 Februari 2025
Pemeriksaan Menghapus Bahaya Kebakaran melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak bersama Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah diadakan di premis sekitar Kota Sentosa, Kuching.
Antara fokus pemeriksaan adalah Menghapus Bahaya Kebakaran, Perlesenan, Ubahsuai Struktur Bangunan dan Permit Menduduki. Pemeriksaan ini juga bagi memastikan semua kelengkapan pepasangan keselamatan kebakaran sedia ada dalam keadaan baik selain jalan keluar bebas daripada halangan.
JBPM turut memberi tumpuan kepada kesedaran keselamatan kebakaran kepada pemilik premis di kawasan yang diperiksa.
Bahagian Keselamatan Kebakaran turut akan mengadakan pemeriksaan bersama Majlis Bandaraya Kuching Selatan dan Dewan Bandaraya Kuching Utara.
Hadir dalam pemeriksaan tersebut ialah PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran dan Cr. Tan Kai, Pengerusi Majlis Daerah Padawan. Turut terlibat ialah PKPgB Tc. Muhd Mirza Dzalmira Miraj dan PPgB Mohd Rais Abdul Rashik, Pegawai Cawangan Penguatkuasaan Keselamatan Bangunan.