Kuching, 07 Julai 2021
YB Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sarawak, YB Ir Lo Khere Chiang, Ahli DUN N.13 Batu Kitang bersama YS PKPjB Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah JBPM Sarawak hadir dalam Pelancaran Program “Mobile Outreach Covid-19 Vaccination” N.13 Batu Kitang yang diadakan di Gelanggang Bola Keranjang SJK Chung Hua Batu 10, Kota Padawan pada pagi tadi.Program yang menyasarkan suntikan vaksin Covid-19 untuk 50 orang warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) berjaya dilaksanakan pada hari pertama pengoperasiannya.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak turut menyediakan sebuah bas untuk proses penyuntikan vaksin.Hadir sama ialah PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah JBPM Sarawak.Syabas kepada semua yang terlibat memberi komitmen yang tinggi dalam menjayakan program tersebut.