Larian Bomba 6.0 telah diadakan di Miri dengan penyertaan lebih 1000 orang pagi ini. Turut serta dalam larian tersebut ialah YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak, YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan), YB Adam Yii Siew Sang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri merangkap ADUN N74 Pujut dan YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak. Sumbangan sebanyak RM 5000 turut akan disumbangkan kepada Persatuan Orang Kurang Upaya Fizikal Miri hasil daripada kutipan pendaftaran