MIRI, 2 MAC 2023 – MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN KAWAD UJIAN KECEKAPAN TAKTIKAL KEBOMBAAN (UKTK) DAN BOMBA KOMUNITI

Yang Berhormat

Datuk Bandar Adam Yii Siew Sang, Ahli Dewan Undangan Negeri N.74 Pujut Merangkap Datuk Bandar Majlis Mandaraya Miri menyempurnakan Majlis Penutupan Pertandingan Kawad Ujian Kecekapan Taktikal Kebombaan (Uktk) dan Bomba Komuniti bertempat di Zon Miri petang ini.

Pertandingan UKTK ini adalah penganjuran kali kedua bagi JBPM Zon Miri (Zon 6SK). Pertandingan kali ini melibatkan lima buah balai bomba dan penyelamat dengan penyertaan seramai 56 pegawai yang terpilih. Pegawai yang menyertai pertandingan ini adalah yang terbaik daripada setiap balai dengan pemilihan seramai 140 orang dilakukan di peringkat balai mulai Januari yang lepas.

Bagi dan penubuhan pasukan Bomba Komuniti pada kali ini melibatkan seramai 24 orang kakitangan Majlis Bandaraya Miri. Program ini telah diadakan pada 28 Februari hingga 2 Mac 2023 di Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral dan di Majlis Bandaraya Miri.

Hadir sama ialah PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak.

English EN Malay MS
Skip to content