




















Kuching, 3 Disember 2024
Ketibaan YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak yang baru disambut meriah di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak.
Dalam memberi amanat ringkas beliau untuk menerajui kepimpinan JBPM Negeri Sarawak, beliau juga turut berharap agar JBPM Negeri Sarawak akan terus maju dan mengekalkan prestasi baik di masa akan datang.
Beliau yang dilantik sebagai Pengarah JBPM Negeri Sarawak yang baru berkuatkuasa 2 Disember 2024 disambut oleh Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Pejabat Zon dan Ketua-ketua Balai Zon 1 dan 2, JBPM Negeri Sarawak.