Kuching, 26 Februari 2021
YS PKPjB Khirudin bin Drahman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak telah menyempurnakan Majlis Ringkas Perhimpunan Bulanan Bulan Februari yang telah diadakan di Bilik Seminar pagi ini.Dalam majlis tersebut, YS Pengarah telah menyampaikan Sijil Lantikan Advisor STORM kepada PBT II Karim Mohamad dan Sijil Khas kepada PB Kamarudin Padin yang telah mewakili Malaysia dalam pertandingan Global Fire Fighter Paramedics Challange di Singapura.Turut diadakan adalah pembacaan ikrar intergriti yang diketuai oleh PgKB II Rafie Safar, Penolong Pengarah Bahagian Latihan.YS Pengarah turut menyempurnakan pemakaian tanda pangkat kepada 11 orang yang mewakili 21 orang Pegawai Bomba yang telah dinaikkan pangkat kepada Pegawai Bomba Kanan II.Majls turut dihadiri secara maya oleh pegawai dari 7 zon dan 34 buah Balai Bomba di Sarawak.