Kuching, 19 Ogos 2021
YS PKPjB Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak merasmikan Majlis Ringkas Penutupan KIK Peringkat JBPM Negeri Sarawak 2021 (Secara Online) di Bilik Seminar Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak hari ini.10 buah pasukan telah bertanding secara maya bermula dari awal pagi tadi. Dalam pertandingan tersebut, Johan KIK JBPM Negeri Sarawak telah dimenangi oleh Balai Bomba dan Penyelamat Saratok diikuti oleh Pejabat Zon Miri di tempat kedua dan tempat ketiga Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit. Pejabat Zon Miri juga telah memenangi Anugerah Video Terbaik.Hadir sama ialah Puan Nurhaizum Sahril, Juri Pertandingan KIK Peringkat Negeri Sarawak daripada MAMPU dan PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak